 | |  | | | LATAR BELAKANG KUALA PILAH | |  | | Pada asalnya Majlis Daerah Kuala Pilah dikenali sebagai Majlis Bandaran Kuala Pilah (MBKP) dan telah ditubuhkan pada bulan Februari 1957. MBKP dikelaskan sebagai Lembaga Bandaran bersama-sama bandar-bandar kecil iaitu Rompin, Kg. Tengah, Tg, Ipoh, Padang Lebar, Juasseh, Batu Kikir, Jelai, Dangi dan Sri Menanti. Lembaga Bandaran Rompin dan lain-lain telah ditubuhkan pada 1937 apabila Pengasingan Bandar Kuala Pilah dengan menamakan MBKP dan pekan kecil Rompin seperti Tg. Ipoh, Sri Menanti. | | Kampung Tengah, Senaling, Dangi, Jelai, Batu Kikir, Padang Lebar dan Juasseh dinamakan Lembaga Bandaran Rompin dan lain-lain kawasan. Urusan pentadbiran lembaga ini diuruskan oleh Ahli-ahli Lembaga yang dilantik oleh kerajaan Pejabat Lembaga Majlis Tempatan Johol/Air Mawang ditubuhkan pada 1 Jun 1959 dengan 11 orang Ahli Majlis dan mentadbir kawasan seluas lebih kurang 30 ekar. Sebelum tahun 1962 semua Ahli Majlis ini dilantik dalam pilihanraya mengikut Seksyen 5 Ordinan Majlis Tempatan 1952. Selepas itu semua Ahli Majlis ini telah dilantik oleh kerajaan. |  | Penyusunan semula kesemua Majlis tersebut menjadi Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) telah dibuat berkuatkuasa mulai Jun 1980 di bawah kehendak Sek.10 ( i ) ( a ) Akta 171 memperuntukkan kesemua Pihak Berkuasa Tempatan diketuai oleh Yang DiPertua atau Dato' Bandar. | | | |  |  |  | |