MENU

( Tuan Syahrul Nizam B. Saleh )
Yang DiPertua
Majlis Daerah Kuala Pilah

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam sejahtera, kepada pelawat-pelawat Laman Web Majlis Daerah Kuala Pilah.

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Datang ke Laman Web MDKP. Ribuan terima kasih juga kepada pengunjung-pengunjung laman web MDKP, kami di MDKP sentiasa menerokai dan mencari idea-idea dan kaedah-kaedah baru untuk memberi perkhidmatan yang cekap dan terbaik kepada seluruh komuniti di Kuala Pilah.

Pengunjung-pengunjung laman web MDKP akan disajikan dengan paparan terkini mengenai perkhidmatan yang disediakan dan juga maklumat mengenai organisasi MDKP. Kami di MDKP sentiasa mengalu-alukan sebarang pendapat atau cadangan dari pengunjung Laman Web ini bagi kami menjayakan visi organisasi dan merealisasikan pembangunan ICT dalam membentuk sebuah PBT yang mampu memberi kepuasan dan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pihak khususnya komuniti di Kuala Pilah.

Bersesuaian dengan matlamat MDKP untuk menyebarkan maklumat mengenai organisasinya, ingin saya war-warkan mengenai e-Perkhidmatan yang disediakan didalam laman web ini yang bertujuan untuk memudahkan semua pelanggan terutamanya di dalam memberikan perkhidmatan yang lebih cekap, tepat dan berkesan.

Selain itu, e-Perkhidmatan ini juga menyediakan kemudahan muat turun (download) semua borang yang berkenaan dengan perkhidmatan bagi melicinkan urusan pentadbiran dan selaras dengan usaha kerajaan bagi mengurangkan karenah birokrasi di agensi kerajaan.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan laman web ini secara berterusan. Terima kasih juga ditujukan kepada pengunjung-pengunjung yang sentiasa memberikan idea-idea bernas yang menjadi panduan untuk kami memperbaiki dan meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan ke tahap yang lebih cemerlang seperti mana yang dihasratkan oleh kerajaan.