MENU

Sebagaimana Pihak-pihak Berkuasa Tempatan yang lain di Malaysia, Majlis Daerah Kuala Pilah ditubuhkan bagi memainkan peranan dan menjalankan tanggungjawab seperti berikut :

  • Memberikan perkhidmatan kepada semua penduduk yang tinggal di kawasan pentadbiran Majlis, diantaranya
    ialah perkhidmatan mengangkut sampah dan perkhidmatan pembersihan bandar
  • Menyediakan dan menyelenggarakan kemudahan-kemudahan untuk penduduk di kawasan pentadbiran
    Majlis seperti penyelenggaraan jalan-jalan, longkang serta lampu jalan.
  • Menyediakan berbagai-bagai kemudahan sosial dan riadah seperti taman permainan kanak-kanak dan
    penyelenggaraan taman bunga.
  • Mengawal kesihatan awam dengan melesenkan perniagaan, mencegah penyakit berjangkit dan mengawal
    pembinaan bangunan.
  • Menceburkan diri dalam projek-projek pembangunan seperti usahasama membina pusat-pusat perniagaan
    dan gerai bagi memberi peluang kepada orang ramai melibatkan diri dalam bidang perniagaan.