MENU
BULATAN
Rekabentuk logo dihasilkan berdasarkan kepada wawasan, misi dan matlamat sebagaimana yang digariskan. Beberapa elemen telah diterapkan dalam penghasilan logo. Elemen utama yang digunakan adalah beberapa kombinasi rupa yang membentuk imej bulatan dan mendominasi rekabentuk logo. Bulatan ini mewakili MDKP sebagai sebuah organisasi atau Pihak Berkuasa Tempatan bagi Daerah Kuala Pilah.
IMEJ DAUN
Imej daun yang menjadi sebahagian komponen di bahagian sisi memberi erti keindahan landskap dan pembangunan sektor pertanian.
 
IMEJ BUMBUNG
Imej bumbung dari pandangan sisi dengan pengaruh Minangkabau di bahagian atas dan dipadankan dengan Jata Negeri yang mencerminkan MDKP sebagai Pihak Berkuasa atau pihak yang mempunyai autoriti bagi Daerah Kuala Pilah.
Imej bumbung Minangkabau yang menghala ke arah atas juga melambangkan unsur-unsur pembangunan sejajar dengan visi Majlis Daerah Kuala Pilah.
JALURAN
Jaluran yang mempunyai unsur pergerakan membentuk seakan imej hati di bahagian tengah membawa maksud tanggungjawab yang dilaksanakan seikhlas dan sepenuh hati demi kemakmuran penduduk.;
SLOGAN
Slogan yang dipilih bagi rekabentuk logo ini berbunyi 'Indah, Makmur' yang membawa maksud tanggungjawab Majlis Daerah Kuala Pilah sebagai Pihak Berkuasa Tempatan dalam menjadikan Daerah Kuala Pilah sebuah daerah yang selesa untuk penghuninya. Slogan ini juga agak mudah untuk dikenali dan diingati oleh orang ramai.
WARNA
Tiga warna dipadankan pada rekabentuk logo mengadunkan warna Bendera Negeri Sembilan iaitu Merah, Kuning dan Hitam yang dilihat indah dan tidak membosankan apatah lagi dipadankan dengan maksud yang tersirat apabila dihayati dengan mendalam.
Kejituan dan kesungguhan MDKP dalam menjalankan fungsinya.