MENU

Berita 2021

MDKP Sasar Kutipan Cukai Taksiran RM5.5 Juta Pada 2021

KUALA PILAH, 7 Jan -- Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) mensasarkan hasil kutipan cukai taksiran berjumlah RM5.5 juta bagi tahun ini menjelang hujung tahun ini.

Yang Dipertua MDKP Mohd Faizal Abdul Manap berkata ia susulan kejayaan majlis berkenaan melepasi sasaran yang ditetapkan kerajaan negeri dengan merekodkan sejumlah RM5.2 juta kutipan cukai taksiran, tahun lepas. Lagi

 

 

Berita 2020

MDKP Terima Penghaargaan Bandar Mampan Kategori Daerah

KUALA PILAH- Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) telah dinobatkan sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bertaraf Daerah paling Mampan tahun ini selepas Majlis Daerah Yong Peng, Johor.

Yang Dipetua MDKP, Mohd Faizal Abdul Manap berkata, MDKP mendapat tempat kedua manakala Majlis Daerah Gerik, Perak mendapat tempat ke tiga. Lagi...

Sumber: Sinar Harian
 

Pembaharuan Lesen Perniagaan 2021

Peniaga-peniaga di Kuala Pilah diwajib membuat bayaran bagi pembaharuan lesen yang telah tamat tempoh bermula dari 16 November 2020 sehingga 31 Disember 2020 (pada atau 12 Tengahari). Denda akan dikenakan terhadap peniaga yang lewat membuat bayaran maksimum sebanyak RM250. Lagi...

SUMBER : Sin Chew Daily

 

Patuhi SOP Ketika Menyambut Perayaan Deepavali

 Kaum India dinasihatkan untuk mematuhi S.O.P ketika menyambut perayaan Deepavali yang menjelang tiba bagi mengelakkan peningkatan kes wabak Covid-19.

Sehubungan dengan itu, Tuan Mohd Faizal bin Abdul Manap juga telah menyampaikan sumbangan Deepavali berupa hamper dan wang tunai kepada 9 warga kerja MDKP beragama Hindu sempena menyambut perayaan cahaya dan menghargai sumbangan mereka kepada Warga Pilah sepanjang melaksanakan tugasan mereka.

Sumber: Sin Chew Daily

 

Pemantauan Projek-Projek Kemudahan Awam di Daerah Kuala Pilah

Liputan akhbar Sin Chew Daily berkenaan lawatan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Pilah turun padang memantau Projek-Projek Kemudahan Awam di daerah Kuala Pilah

Sumber: Sin Chew Daily

 

Gotong-Royong di Jeram Tengkek

Selaras dengan kempen kebersihan Negeri Sembilan, Tuan Mohd Faizal bin Abdul Manap, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Pilah telah menganjurkan program gotong-royong di Jeram Tengkek, Negeri Sembilan.

Sehubungan dengan itu, beliau juga berharap dengan pelaksanaan kerja-kerja pembersihan di Jeram Tengkek ini akan menarik lebih ramai pengunjung untuk berkunjung dan melakukan aktiviti air di sini.

Tuan Mohd Faizal juga memaklumkan 50 peserta yang terlibat dalam program ini iaitu terdiri daripada warga kerja Majlis Daerah Kuala Pilah, Pejabat Daerah & Tanah Kuala Pilah, Jabatan Hutan NS selaku tuan rumah, pihak SWCOrp dan beberapa MPKK.

Sumber: China Press

 

Taman Rekreasi Bukan Tempat Pembuangan Sampah

Keadaan kebersihan di Taman Eko-Rimba Ulu Bendul tidak terurus.

Ketika warga kerja Majlis Daerah Kuala Pilah sedang menjalankan tugas pembersihan di Taman Eko Rimba Ulu Bendul, mereka mendapati keadaan kebersihan di lokasi tersebut tidak terurus dengan longgokan sampah yang dibuang oleh pengunjung.

Sehubungan dengan itu, Tuan Mohd Faizal Bin Abdul Manap, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Pilah berharap agar pengunjung yang berkunjung di Taman Eko Rimba Ulu Bendul perlu menerapkan sikap menjaga kebersihan di dalam diri agar dapat bersama-sama menjaga kebersihan alam sekitar. Tuan Mohd Faizal juga berharap setiap pengunjung yang berkunjung di Taman Eko Rimba tersebut tidak membuang sampah merata-rata tetapi membuangnya di dalam tong sampah yang telah disediakan.

Beliau juga menyatakan kerajaan Negeri Sembilan sedang giat dalam kempen kebersihan di Negeri Sembilan & berharap agar orang ramai menyahut kempen kesedaran menjaga kebersihan alam sekitar ini.

Sumber: China Press

 

Projek Bandar Selamat Lampu Solar

Demi meningkatkan keselamatan di Pekan Kuala Pilah, pihak MDKP telah memasang 7 unit lampu solar di lorong belakang kedai-kedai di Pekan Kuala Pilah.

Sehubungan dengan itu, Encik Chang Yip Keong, Ahli Majlis MDKP juga menyatakan bahawa pada Oktober 2019, pemasangan lampu solar sebanyak 8 unit telah dilaksanakan di beberapa kawasan di pekan Kuala Pilah disebabkan oleh aduan yang sering diutarakan oleh orang awam kepada Ahli Majlis.

Warga Kuala Pilah juga berterima kasih kepada Tuan Mohd Faizal bin Abdul Manap , Yang Dipertua MDKP atas perlaksanaan projek pemasangan lampu solar ini. Tuan YDP juga berharap dengan pemasangan lampu-lampu solar ini dapat mengurangkan kes jenayah yang berlaku dan membantu menyelesaikan aduan penduduk serta dapat meningkatkan keselamatan di daerah Kuala Pilah.

Sumber: China Press

 

Pekerja MDKP Dakwa Dipukul Ketika Bertugas

KUALA PILAH - Seorang kakitangan Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) membuat laporan polis kerana mendakwa dikasari orang awam ketika melaksanakan tugas di pekan ini pada 14 Oktober lalu. Lagi...
 

Kerajaan Negeri Sembilan Peruntuk RM10 Juta Naik Taraf Kampus KAYNS 

KUALA PILAH, 2 Okt -- Kerajaan Negeri Sembilan memperuntuk sejumlah RM10 juta bagi menaik taraf kampus Kumpulan Akademi Yayasan Negeri Sembilan (KAYNS) di sini bagi membolehkan suasana pembelajaran dapat dilaksanakan dalam persekitaran yang kondusif. Lagi...

 

Hutan Lipur Jeram Tengkek Dinaik Taraf

KERAJAAN Negeri Sembilan akan menaik taraf Hutan Lipur Jeram Tengkek (HLJT) di Kuala Pilah bagi memastikan lokasi pelancongan itu terus kekal sebagai destinasi pilihan pengunjung untuk beriadah. Lagi...

 

Kayuhan Basikal Klasik Kibar Jalur Gemilang

LENGKAP berpakaian baju berkonsepkan Jalur Gemilang dan menaiki basikal klasik, itu antara aktiviti peserta Program Seri Menanti Fun Ride @ Komuniti di Padang Awam Seri Menanti, Kuala Pilah, hari ini. Lagi...

 

Sambut merdeka secara normal baharu tetap meriah

SEREMBAN - Negeri Sembilan menyambut Hari Kebangsaan dengan suasana berbeza kali ini apabila ia dilakukan secara tertutup di pekarangan Dataran Majlis Bandaraya Seremban semalam berikutan negara masih lagi berdepan dengan pandemik koronavirus (Covid-19) Lagi...
 

Hadiah Lumayan Nanti Kaki Pancing

HADIAH wang tunai lebih RM5,000 di samping 30 cabutan bertuah dan pelbagai hadiah menarik menanti kaki pancing pada Karnival Pancing Seri Menanti 2020 sempena Hari Keputeraan. Lagi...

 

Berita 2019

Mengoca Imbau Nostalgia Zaman Kanak-kanak

KUALA PILAH: Pesta Bola Ngoca 2019 bagai mengimbau kembali zaman kanak-kanak apabila peserta berpeluang bermain bola sepak sawah dan menangkap ikan yang turut dikenali sebagai tradisi ‘mengoca’ di Empang Bangkung, Juasseh, semalam. Lagi...

 

Berita 2018

Cukai Tanah,Pintu Tidak Naik

SEREMBAN– Tiada sebarang kenaikan cukai tanah dan pintu selama tempoh lima tahun.Menteri Besar,Aminuddin Harun berkata pihaknya telah sepakat untuk memutuskan bahawa tiada sebarang kenaikan cukai akan berlaku di negeri ini.

 

Berita 2017

Lupus Anjing Ikut Prosedur

KUALA PILAH – Penularan di laman sosial berhubung aduan dan luahan oleh pemilik seekor anjing di Taman Bukit Pilah Perdana, mendakwa Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) telah melupuskan anjing peliharaannya adalah tidak berasas. Lagi...

Si Kundur Rebah
KUALA PILAH, 23 FEBRUARI 2017 - Sebatang pokok kundur berusia lebih 100 tahun terpaksa ditebang kerana boleh mengundang bahaya kepada sebuah keluarga di Kampung Pilah Tengah di sini, semalam. Lagi...