MENU

Adalah dimaklumkan bahawa laluan N17, Seksyen 10, Jalan Dangi - Kepis - Bahau, Kuala Pilah telah ditutup kecemasan separuh lorong menghala Bahau untuk semua jenis kenderaan mulai 11.00 malam (19 November 2020) sehingga Sabtu (21 November 2020), jam 12.00 tenghaari.

Penutupan ini adalah disebabkan oleh berlakunya 'sinkhole' yang menyebabkan kerosakan struktur jalan dan membahayakan keselamatan pengguna jalanraya.

Oleh yang demikian, pengguna jalanraya dinasihatkan untuk berhati-hati ketika melalui lokasi berkaitan dan patuhi papan tanda lalu lintas.

Sekian dimaklumkan.

Notis Penutupan