MENU

Urusan pembaharuan Lesen Perniagaan boleh dijalankan di Kaunter Perlesenan MDKP bermula 16 November 2020 sehingga 31 Disember 2020 (pada atau sebelum 12 Tengahari) 

Bagi urusan ini, peniaga WAJIB menjelaskan pembayaran seperti berikut:
1. Sebarang jenis kompaun yang dikeluarkan oleh MDKP
2. Sewa gerai milik MDKP yang tertunggak
3. Cukai taksiran kediaman (jika ada) 
4. Sebarang bayaran yang dikenakan oleh MDKP yang tidak dinyatakan di atas

Untuk memastikan proses pembaharuan lesen perniagaan lancar, sila pastikan premis  sentiasa dalam keadaan bersih dan bagi premis menjual makanan dan minuman, pemasangan perangkap minyak adalah diwajibkan

Sebarang pertanyaan boleh terus diajukan ke Bahagian Perlesenan atau membuat panggilan telefon di talian 06-4821280