MENU

Sistem OSC 3.0 Plus adalah satu sistem yang dibangunkan bertujuan membantu pihak Principal Submitting Person (PSP)/ Submitting Person (SP) untuk mengemukakan permohonan pelan pemajuan secara atas talian, membuat bayaran secara atas talian (online), membolehkan Agensi Teknikal mengulas permohonan secara maya dan seterusnya keputusan diperolehi melalui sistem ini.

Sistem ini turut dilengkapi dengan fungsi tracking status permohonan dan Command, Control, Communications, Computers, and Intelligence (C4I).

 

1) Capaian Sistem OSC 3.0 Plus 

Sistem OSC 3 Plus Online MDKP boleh dicapai melalui pautan: https://osc3plus.kpkt.gov.my/pbt/MDKP​

 

2) Tarikh Kuatkuasa

2 Januari 2021

 

3) Manfaat Penggunaan Sistem 3 Plus 

  1. Operasi perkhidmatan secara 24 jam tanpa henti;
  2. Pusat Pemantauan prestasi PBT, Agensi Teknikal Luaran (ATL) dan Pemohon melalui C4I;
  3. Kecekapan Koordinasi antara PBT, ATL dan Pemohon;
  4. Paperless dan hapus edaran hardcopy;
  5. Minimakan transaksi ‘in-person’;
  6. Merekod transaksi pengguna (users) secara digital; dan
  7. Pantau status permohonan secara real time

 

4) Jangkamasa Kelulusan Permohonan Melalui Sistem 3 Plus 

Sebelum

(Sistem OSC Online)

Jenis Permohonan

Selepas

(Sistem OSC 3.0 Plus)

34 – 104 hari

Skala Kecil

 

30 – 48 hari

107 – 255 hari

Skala Sederhana

 

57 – 99 hari

363 – 1,378 hari

Skala Besar

 

min. 300 har

 

5) Kelebihan Sistem OSC 3.0 Plus untuk pemohon berbanding Sistem OSC Online sedia ada

  1. Pendaftaran pemohon hanya dilakukan sekali sahaja dan pemohon boleh mengemukakan permohonan di mana-mana PBT yang disenaraikan berbanding Sistem OSC Online sedia ada yang mengkehendaki pihak pemohon mendaftar di setiap PBT;
  2. Sistem OSC 3.0 Plus mempunyai fungsi simpanan setiap aktiviti yang dilakukan oleh PSP/SP, kakitangan OSC, ATD, ATL dan keputusan;
  3. Sistem OSC 3 Plus menyediakan pembayaran secara atas talian dan di kaunter.

 

6) Maklumat Keterangan Lanjut

Unit Pusat Setempat (OSC): 06-4821252

e-mel: oscmdkp@gmail.com

 

Manual Pengguna

Piagam Pelanggan Baharu