MENU

Ianya merupakan perkhidmatan terkini yang disediakan oleh Bahagian Kesihatan dan Perlesenan Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) bagi memudahkan warga Kuala Pilah untuk melaksanakan pembaharuan lesen perniagaan terus secara dalam talian tanpa perlu hadir ke MDKP.  

Syarat-Syarat Permohonan Lesen

Jenis-Jenis Lesen Perniagaan yang Boleh di Pohon Secara Atas Talian:

BIL JENIS LESEN FI  TEMPOH SAH LAKU TERMA DAN SYARAT PELESENAN MUAT TURUN BORANG MOHON ATAS TALIAN
1

Lesen Penjaja

(Pasar Malam/ Bergerak / Statik Sementara / Pasar Sehari / Buah-Buahan Bermusim

RM84.00

 

1 Tahun

(1 Januari sehingga 31 Disember)

Permohonan Baharu:

1. 1 Salinan pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Syarikat Malaysia (SSM)

2. 3 Keping gambar pemohon berukuran pasport

3. 1 Salinan Kad Pengenalan pemohon

4. Surat kebenaran tuan tanah

5. Salinan cukai tanah pemilik

6. 1 Salinan Kad Pengenalan pemilik

Permohonan Pembaharuan

1. Lesen asal tahun sebelumnya

2. 1 keping gambar pelesen berukuran pasport

Muat turun Mohon
2

Lesen Premis Perniagaan dan Papan Iklan

(Premis Perniagaan / Papan Iklan/Luar (Billboard) / Iklan Jangka Pendek dan Sementara)

1. Fi lesen premis RM250.00-RM300.00

2. Fi lesen iklan tidak berlampu RM50.00 (10MP) pertama); tambahan RM5.00 (setiap MP bagi iklan yang melebihi 10MP)

3. Fi lesen iklan berlampu RM60.00 (10MP pertama); tambahan RM6  (setiap MP bagi iklan yang melebihi 10MP)

4. Fi proses permohonan RM30.00-RM60.00

1 tahun

Permohonan Baharu

1. Salinan Kad Pengenalan / Passport

2. Salinan Pendaftaran Perniagaan / Pendaftaran Syarikat (M&A, BORANG 24 & BORANG 49)

3. Gambar berukuran passport (2 keping)

4. Salinan geran tanah

5. Salinan cukai harta

6. Salinan cfo / ccc / permit sementara bangunan

7. Salinan perjanjian sewa (stamping)

8. Salinan visual papan iklan (diperakui oleh dbp)

9. Salinan surat sokongan bomba

Muat turun Mohon

Permohonan Lesen Perniagaan Lain-Lain

Bagi lesen perniagaan yang tidak dinyatakan di atas, pemohon perlulah datang ke Majlis Daerah Kuala Pilah bagi urusan ini. 

Info Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan dengan e-Lesen ini, sila hubungi

Bahagian Kesihatan dan Perlesenan di talian 06-4821280