MENU

Royal Golf Club Seri Menanti

Kelab ini terletak 25 km dari Seremban dan 11 km dari Kuala Pilah. Kelab ini diasaskan oleh oleh Yang Dipertuan Besar negeri Sembilan, Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.Dengan pertolongan dari Donald Steel, arkitek Inggeris kelab ini dibina pada 1981. Mempunyai keluasan seluas 28.70 hektar. Pengerusi bagi kelab ini ialah Tuan Haji Ali bin Luman, Pegawai Daerah Kuala Pilah.

Hutan Lipur Jeram Tengkek

Hutan lipur ini terletak di Hutan Simpan Serting iaitu kira-kira 30 minit dari pekan Batu Kikir. Hutan Dipterokarp Pamah ini kaya dengan pelbagai jenis tumbuhan dan landskap batu-batan yang pelbagai bentuk. Sungai Jempol dan Sungai Tanun mengalir membentuk jeram semulajadi yang sesuai untuk aktiviti berkelah. Disamping itu, di sini juga terdapat perkampungan Orang Asli untuk dilawati.

 

Hutan Lipur Ulu Bendul Kuala Pilah

Hutan Lipur ini dibangunkan pada tahun 1971 oleh Tuan Tulis dan dijadikan sebagai tempat ibadat. Pada tahun 1920an, tempat ini dijadikan kawasan riadah iaitu rumah rehat dan lading kuda. Hutan lipur ini terletak di KM 20 jalan Seremban - Kuala Pilah di dalam Hutan Simpan Angsi. Ia mengambil masa kira-kira 20 minit dari bandar Seremban. Terdapat Gunung Angsi setinggi lebih kurang 825 meter dari aras laut dan ia boleh didaki dengan menyusuri Sungai Batang Terachi.