Bahasa Melayu | English Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Peta Laman | Bantuan  
Majlis Daerah Kuala Pilah
Latarbelakang:     Suara:   suara
   Daftar
CARIAN ANDA
 
PERMOHONAN LESEN PERNIAGAAN KILANG / TRED / PENJAJA

MAKLUMAT AM PERMOHONAN LESEN PERNIAGAAN KILANG/TRED/PENJAJA

 
Prosedur/ Proses/ Syarat :-

Bayaran proses sebanyak RM20.00 dan kos penyelenggaraan borang permohonan sebanyak RM5.00 akan dikenakan bagi setiap lesen yang dipohon.

Tuan/puan tidak dibenarkan berniaga selagi permohonan Lesen Perniagaan belum diluluskan oleh Majlis Daerah Kuala Pilah.

Permohonan yang tidak lengkap dan tidak mengikut syarat tidak akan diterima.

Permohonan yang telah lengkap hendaklah diserahkan kepada Bahagian Kesihatan Awam dan Perlesenan MDKP. Dokumen yang perlu disertakan :-

Mengemukakan satu salinan pendaftaran perniagaan.
 
Mengemukakan enam salinan pelan lokasi perniagaan. Mengemukakan  satu salinan surat perjanjian atau kebenaran tuan bangunan. (jika bukan bangunan sendiri)
 
Mengemukakan 1 salinan pelan lantai premis berkenaan. (Kilang dan premis makanan sahaja).
 
Mengemukakan 1 salinan sijil kelayakan menduduki (CF). (Bangunan baru sahaja)
 
Mengemukakan 1 salinan geran tanah atau sijil carian rasmi.
 
Mengemukakan 1 salinan kad pengenalan.
 
Mengemukakan surat dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa (MIDA). (jika pelabur antarabangsa)
 
Mengemukakan gambar saiz pasport sebanyak 2 keping.
 
Majlis Daerah berhak untuk mengarahkan pemilik lesen berpindah atau membatalkan lesen jika didapati melanggar syarat atau tempat tidak sesuai atau tanpa apa-apa sebab.
 

Langkah-langkah yang perlu diambil.
 

 

 

<< Kembali 

 

 



Hakcipta terpelihara 2010 © Jabatan ICT, Majlis Daerah Kuala Pilah
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768