Bahasa Melayu | English | Bahasa Lain Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Peta Laman | Bantuan  

Portal Rasmi Majlis Daerah Kuala Pilah

Bookmark and Share
Paparan : 1584182
Tarikh Akhir Dikemaskini : 09 Ogos 2011
Latarbelakang:  Latar Belakang 1 Latar Belakang 2 Latar Belakang 3    Suara:   suara
  Daftar Daftar
CARIAN ANDA
 
PERMOHONAN LESEN PERNIAGAAN SEMENTARA

MAKLUMAT AM PERMOHONAN LESEN PERNIAGAAN SEMENTARA


Permit-Permit Perniagaan Sementara yang dikeluarkan meliputi dan terkandung di bawah beberapa Undang-undang Kecil dan Peraturan-peraturan.

Lesen ini dikeluarkan bertujuan mewujudkan keadaan kawal selia yang cekap dan berkesan terhadap semua permit-permit sementara dalam kawasan Majlis.
 
Semua permohonan yang lengkap akan diproses dan diluluskan dalam tempoh 5 hari.
 
Semua pemohon diingatkan supaya membuat pembaharuan dalam tempoh 7 hari sebelum tamat tempoh sah laku.
 
Wajib Menghadiri Kursus Asas Pengendalian Makanan.
 
Tuan punya premis dan semua pekerja-pekerja yang terlibat dengan pengendalian makanan adalah wajib menghadiri kursus / latihan pengendalian makanan dari institusi latihan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan.
 
Wajib mendapatkan suntikan pelalian terhadap Demam Kepialu (Typhoid Fever).
 
Tuan punya premis bertanggungjawab memastikan pekerja-pekerja yang terlibat dalam pengendalian makanan menjalani pemeriksaan perubatan dan mengambil vaksinasi terhadap Demam Kepialu daripada klinik-klinik kerajaan atau klinik swasta yang diiktiraf.
 
Semua salinan asal perlu disimpan sendiri samada oleh pemilik premis atau pengendali makanan untuk pemeriksaan dari semasa ke semasa.
 
Satu salinan bukti laporan pemeriksaan perubatan dan pemberian suntikan vaksinasi terhadap demam kepialu (Typhoid Fever) serta bukti menghadiri kursus pengendalian makanan hendaklah dikemukakan kepada Pihak Majlis semasa mengemukakan lesen.
 

Sila sertakan perkara-perkara berikut :

      1 keping gambar ukuran pasport
       1 Salinan Kad Pengenalan
       1 Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan / Syarikat (sekiranya ada)
       1 Salinan surat kebenaran daripada pemilik bangunan / kawasan.
        Syarat-syarat kesihatan (premis melibatkan makanan sahaja)

Perhatian: Permohonan tuan / puan tidak akan diterima sekiranya tidak lengkap atau tidak memenuhi semua keperluan di atas.

Langkah-langkah yang perlu diambil

<< Kembali

 

 

Bookmark and Share
Paparan : 388
Tarikh Akhir Dikemaskini : 28 Disember 2009


Hakcipta terpelihara 2012 © Jabatan ICT, Majlis Daerah Kuala Pilah
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768