Bahasa Melayu | English | Bahasa Lain Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Peta Laman | Bantuan  

Portal Rasmi Majlis Daerah Kuala Pilah

Bookmark and Share
Paparan : 1584125
Tarikh Akhir Dikemaskini : 09 Ogos 2011
Latarbelakang:  Latar Belakang 1 Latar Belakang 2 Latar Belakang 3    Suara:   suara
  Daftar Daftar
CARIAN
 
TEMPAT MENARIK DAN BERSEJARAH

MAKAM TUAN TULIS

 
     

 

Tun Tulis atau Tuan Tulis adalah gelaran kepada seorang ulama Negeri Sembilan yang bernama Haji Ismail Bin Hussein. Beliau berasal dari Kampung Kuala Talang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Beliau dilahirkan pada 1840an dan meninggal dunia pada tahun 1923. Tun Tulis adalah seorang anak muda yang miskin tetapi penuh semangat untuk menuntut ilmu agama. Kerana kemiskinannya, beliau tidak mampu untuk membeli buku. Oleh itu, beliau meminjam buku dari rakan-rakannya dan menyalin buku itu dengan tulisannya sendiri. Dari situ rakan-rakannya mengelarkannya dengan gelaran Ismail Tulis. Selepas perguruannya, beliau tidak henti-henti menulis kitab sehinggalah orang kampung menggelarkannya Tuan Tulis. Selepas beliau meninggal dunia, Yang Dipertuan besar Negeri Sembilan mentitahkan agar dibina bangunan di makam Tun Tulis dan bangunan tersebut kekal hingga ke hari ini.

 

 << Kembali

 

 

Bookmark and Share
Paparan : 1365
Tarikh Akhir Dikemaskini : 07 September 2009

Bookmark and Share
Paparan : 1542849
Tarikh Akhir Dikemaskini : 09 Ogos 2011

Hakcipta terpelihara 2012 © Jabatan ICT, Majlis Daerah Kuala Pilah
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768