Tawaran adalah dibuka kepada kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan CIDB dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan Gred G1 dan di bawah tajuk yang bersesuaian dan berdaftar dengan Majlis Daerah Kuala Pilah Tahun 2023 bagi menyertai sebutharga bagi kerja-kerja di bawah:-
Bil. | Rujukan MDKP |
No. Sebut harga |
Projek | Gred & Pengkhususan |
Tarikh Tutup /Jam |
Harga Dokumen |
1. |
MDKP.NS 04.400-7/2023 -026 |
S006/2023 | MENAIK TARAF KAUNTER HASIL DAN SEBAHAGIAN RUANG PEJABAT DI MAJLIS DAERAH KUALA PILAH |
CIDB GRED G1
Kategori : B
Pengkhususan
B04,B15 |
19 Mei (Jumaat) 2023 @ 12.00 t/hari |
RM 50.00 |
2.0 Lawatan Tapak:
- Hanya kontraktor yang berdaftar dengan Majlis Daerah Kuala Pilah sahaja layak menyertai lawatan tapak
Tarikh : 11 Mei 2023 (Khamis)
Pendaftaran : 9.00 pagi -10.00 pagi
Tempat : Dewan Bandaran MDKP.
Taklimat : 9.00 pagi
3.0 Syarat:
3.1 Hanya kontraktor yang berdaftar dengan Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) sahaja layak menyertai sebutharga
3.2 Dokumen Sebutharga akan dikeluarkan kepada PEMILIK syarikat/kontraktor yang hadir untuk sesi
pendaftaran pada tarikh yang telah ditetapkan. HANYA PEMILIK SYARIKAT sahaja yang dibenarkan
menghadiri sesi pendaftaran tersebut dan wakil syarikat adalah TIDAK DIBENARKAN
3.3 Hendaklah membawa sijil-sijil asal SSM, CIDB dan PKK semasa lawatan tapak dan dipamerkan ketika
pembelian borang di kaunter MDKP.
3.4 Hendaklah membawa cop syarikat bagi memudahkan pengisian borang.
3.5 Permohonan Kebenaran Khas untuk menyertai sebut harga di luar kod bidang adalah tidak
dibenarkan
3.6 PEMALSUAN BUTIRAN di dalam Borang Pendaftaran dan Dokumen Berkaitan seperti SPKK (CIDB),PKK
(CIDB),STB (BPKU) dan lain-lain dokumen yang berkaitan adalah TIDAK LAYAK TERBATAL dan laporan
kepada CIDB akan dibuat untuk tindakan undang-undang.
3.7 Dokumen Sebutharga yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan. Majlis Daerah Kuala Pilah
tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan,kelewatan dan MDKP tidak terikat
menerima tawaran terendah atau sebarang tawaran atau memberi apa-apa sebab sesuatu tawaran.
4.0. Dokumen Sebutharga
4.1 Harga dokumen sebutharga bagi Gred G1 dijual dengan kadar: RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima
Puluh Sahaja).
4.2 Dokumen sebutharga boleh dibeli di Kaunter Hasil, MDKP mulai 12hb Mei 2023 (Jumaat) sehingga
18hb Mei 2023 (Khamis) pada pukul 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari dan 2.00 petang hingga 4.00
petang.
5.0. Tarikh Tutup:
19 Mei 2023 (Jumaat) jam 12.00 tengah hari. Sebutharga hendaklah disertai dengan salinan perakuan
Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Taraf Bumiputera (STB) dan SSM
yang masih sah, serta dimasukkan ke dalam peti tender Majlis Daerah Kuala Pilah.
6.0 Majlis tidak terikat untuk menerima sebutharga yang paling rendah atau mana-mana sebutharga yang
berpatutan.