Pengenalan
Bahagian Sistem Maklumat telah ditubuhkan pada 1 Ogos 2002 dimana ianya ditubuhkan di atas dasar kesedaran pentadbiran MDKP kepada keperluan ICT yang semakin meningkat khasnya di Majlis Daerah Kuala Pilah dan di Malaysia secara amnya. Secara keseluruhannya Bahagian Teknologi Maklumat ini mengawal dan juga menyelenggarakan perisian aplikasi sistem serta perkakasan komputer di samping menyelenggara dan memastikan keadaan rangkaian komputer berada di dalam keadaan baik tanpa gangguan pengaksesan maklumat oleh pengguna dalaman.
Objektif
- Mempertingkatkan kecekapan jentera dan sistem pengurusan Kementerian melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ICT.
- Mewujudkan satu sistem pengumpulan maklumat bersepadu Kementerian untuk kemudahan rujukan pihak Kementerian dan faedah kepada orang ramai.
- Menyediakan pegawai/kakitangan yang mahir dan celik IT.
Fungsi Bahagian
- Memastikan semua operasi pengurusan, pentadbiran, dan perkhidmatan jabatan berkaitan bidang kuasa teknologi maklumat terutama sistem rangkaian komunikasi (LAN dan WAN), Sistem Pangkalan Data dan rangkaian internet, Laman web Jabatan dan email Jabatan berfungsi sepenuhnya tanpa sebarang gangguan kepada pengaksessan pengguna dalaman (Kakitangan MDKP) dan pengguna (orang awam).
- Mengintegrasikan sistem-sistem jabatan.
- Memberikan khidmat bantuan ICT kepada semua bahagian dan pengguna.
- Menguruskan perolehan perkakasan dan perisian
- Meningkatkan pengetahuan & Kemahiran IT.
- Internet Dan Menguruskan Laman Web Jabatan dan keselamatan Internet
- Penyenggaraan Perkakasan, Perisian dan Sistem dengan kerjasama pembekal yang telah dilantik.
- Memastikan preventive maintenance berjalan lancar dan menguruskan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
- Memastikan data-data yang diterima dimasukkan ke dalam fail komputer mengikut jadual prosesan system serta mengawal keselamatannya.
- Memastikan peralatan komunikasi dan cabling kepada alatan komputer di majlis berjalan dengan sempurna.
- Mengkaji dan merancang kesesuaian penggunaan system operasi dari semasa ke semasa.
- Memberikan khidmat penyelenggaraan perkakasan system komputer di Unit/Bahagian yang memerlukannya.
- Memastikan Penyata Hasil/Pendapatan dikemaskini pada setiap bulan supaya maklumat yang dikeluarkan adalah tepat.