MENU

Pengenalan

Bahagian Kejuruteraan dan Bangunan adalah bahagian yang bertanggungjawab dalam melaksanakan projek-projek penyediaan infrastruktur dan kemudahan di seluruh kawasan pentadbiran Majlis Daerah Kuala Pilah bagi memastikan tahap kehidupan penduduk setempat lebih berkualiti dengan pembangunan prasarana yang lengkap. Bahagian ini bertanggungjawab dalam meluluskan pelan kejuruteraan dan bangunan bagi memastikan semua bangunan yang didirikan berkeadaan selamat dan berkualiti.

 

Objektif

Melaksanakan tanggungjawab secara profesional dalam melaksanakan projek pembangunan, memproses pelan dan pengeluaran sijil layak menduduki (CFO) seiring dengan meningkatkan kesejahteraan penduduk melalui pembangunan yang dilaksanakan secara terancang dan sistematik.

 

Fungsi Bahagian

Bahagian Penyelenggaraan Infrastruktur Dan Kemudahan Awam

  • Merancang, membina dan menyelenggara infrastruktur serta kemudahan awam dalam kawasan pentadbiran MDKP.
  • Mengambil tindakan aduan awam berhubung penyelenggaraan infrastruktur MDKP.
  • Merancang dan melaksanakan projek-projek pembangunan melalui Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan lain-lain agensi melibatkan infrastruktur MDKP.
  • Merancang projek-projek pembangunan MDKP yang baru bagi kemudahan orang ramai seperti gerai, pasar, dewan, pondok bas dan lain-lain.
  • Memproses permohonan dari permit bagi kerja-kerja korekan jalan dari agensi luar.
  • Urus setia bagi Mesyuarat Jawatankuasa Lalulintas dan Keselamtan MDKP.
  • Mengawal spesifikasi jadual dan kualiti kerja projek mengikut masa yang telah ditetapkan.
  • Mengawal peruntukan dan pembayaran kepada kontraktor mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
  • Mengurus kawalan bencana seperti banjir dan tanah runtuh.

Bahagian Pembangunan

  • Memberi ulasan Kebenaran Merancang (KM).
  • Memberi nasihat pra-rundingan kepada perunding kerja tanah (KT), Jalan & Perparitan (JP), Pelan Bangunan (PB) dan Lampu Jalan (PL) kepada Unit OSC.
  • Mengeluarkan ulasan pertama setelah menerima permohonan kelulusan kerja tanah (KT) dan Jalan & Parit (JP), Pelan Bangunan (PB) dan Lampu Jalan (PL) kepada Unit OSC.
  • Menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan aktiviti kerja tanah tanpa kelulusan merangkumi notis berhenti kerja, kompaun dan sitaan.
  • Menyediakan investigation paper (IP) kepada Jabatan Undang-Undang.
  • Memproses permohonan penyerahan penyelenggaraan infrastruktur.
  • Memberi ulasan sokongan pengeluaran Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) bagi projek pembangunan kepada pihak arkitek.
  • Memproses permit kerja kecil bagi ubah suai tanpa pelan
  • Kawalan pembangunan bagi kerja ubahan/tambahan berpelan

Bahagian Elektrikal

  • Menyediakan kemudahan lampu jalan, lampu isyarat dan tanda nama jalan.
  • Mengambil tindakan aduan  berkaitan dengan  kerosakkan lampu jalan, lampu isyarat.
  • Memproses permohonan kelulusan pelan lampu jalan.
  • Pemasangan lampu jalan baru di kawasan perumahan.

Bahagian Mekanikal

  • Mengurus dan menyelenggara kerosakan jentera dan kenderaan MDKP agar sentiasa dalam keadaan baik.
  • Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan kenderaan dan pemeriksaan kenderaan dari masa ke semasa.
  • Menguruskan rekod aset alih kenderaan, jentera, mesin dan penghawa dingin
  • Menguruskan pengurusan pengangkutan jabatan dalaman MDKP

7 Jun 2016 - 9:19am