Pengenalan
Jabatan ini bertanggungjwab bagi segala urusan kewangan Majlis. Ianya meliputi segala kutipan, perbelanjaan, pembayaran, belanjawan dan perakaunan.
Objektif
Menyediakan perkhidmatan pengurusan kewangan kepad semua warga kerja, jabatan-jabatan di dalam Majlis, pembayar cukai serta orang awam dengan cekap, amanah dan berkesan selaras dengan keperluan-keperluan Akta yang diterima pakai dan peraturan kewangan yang ditetapkan.
Fungsi Bahagian
- Memantau dan melaksanakan kutipan hasil cukai , hasil bukan cukai dan terimaan bukan hasil
- Menyelaras terimaan dan bayaran balik cagaran
- Menyelaras pengeluaran pesanan kerajaan / bayaran berperingkat
- Menyelaras tuntutan pembayaran panjar wang runcit.
- Menyelaras tuntutan bayaran peruntukan luar diterima
- Menyediakan penyata kewangan berakhir 31 Disember setiap tahun
- Menyelaras penyediaan laporan kewangan untuk kerajaan Negeri & Persekutuan
- Menyediakan belanjawan tahunan
- Menyelaras pergerakan peruntukan belanjawan
- Melaksanakan aktiviti Pelaburan Simpanan Tetap dan Pelaburan Jangka Pendek di Institusi kewangan & perbankan yang diluluskan
- Menyelaras terimaan tempat letak kereta
- Menyelaras kutipan bayaran tempat letak keret