Pengenalan
Bahagian Penilaian dan Pengurusan Harta berperanan untuk menjana hasil-hasil yang boleh diperolehi daripada hartanah melalui cukai taksiran, membangunkan harta majlis melalui projek usahasama dengan syarikat swasta dan menguruskan permohonan tanah kerajaan bagi kegunaan majlis.
Objektif
Menilai semua pegangan/harta yang boleh dikenakan cukai di seluruh kawasan majlis bagi maksud kadaran/cukai taksiran dengan adil dan saksama mengikut peruntukan di dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976. Melaksanakan Dasar Penswastaan Kerajaan dengan cekap dan efisien.
Fungsi Bahagian
- Melakukan kerja-kerja penilaian dan menyediakan senarai Nilaian bagi maksud kadar (Cukai Taksiran) ke atas setiap pegangan persendirian/swasta di dalam kawasan majlis.
- Menguruskan prosedur undang-undang dalam menguatkuasakan senarai Nilaian.
- Menjalankan kerja-kerja penilaian bagi maksud Sumbangan Membantu Kadar (SBK) ke atas bangunan-bangunan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Badan-badan Berkanun.
- Menguruskan permohonan tanah-tanah kerajaan bagi kegunaan pembangunan Majlis.
- Menguruskan cadangan pembangunan Tanah Kerajaan atau Majlis secara usahasama dengan syarikat swasta.