Pengenalan
Bahagian Perancangan dan Landskap ditubuhkan bagi memastikan setiap perancangan yang melibatkan pembangunan baru perlu dikawal supaya pembangunan terancang dapat dihasilkan demi menyeimbangkan pembangunan serta mengelakan daripada percanggahan guna tanah. Bahagian Perancangan dan Landskap terbahagi kepada dua unit iaitu Unit Perancangan Bandar bertanggungjawab untuk tugasan yang melibatkan kawalan pembangunan dan kajian perancangan baru manakala Unit Landskap ditugaskan untuk kerja-kerja pengindahan landskap di sekitar kawasan Majlis Daerah Kuala Pilah.
Objektif
Untuk meningkatkan tahap profesionalisma di dalam membuat perancangan pembangunan, penyediaan insfrastruktur dan pengindahan di kawasan Majlis selaras dengan aspirasi kerajaan, rakyat dan penduduk setempat berlandaskan dengan dasar dan perancangan yang wujud di dalam Rancangan Struktur MDKP dan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan Daerah (1995-2015) serta Rancangan Tempatan MDKP (1999-2015).
Fungsi Bahagian
- Penyeliaan keseluruhan untuk ulasan perancangan ke atas pembangunan yang melibatkan permohonan tukar syarat tanah, pecah sempadan, pecah bahagian, serah balik dan pemilikan semula serta pemilikan tanah kerajaan supaya mengikut justifikasi perancangan bagi mewujudkan pembangunan yang bersistematik.
- Menyediakan kertas kerja, pelan tatatur dan laporan bagi projek-projek pembangunan dan pengindahan landskap bagi kawasan yang berpontensi di kawasan Majlis Daerah Kuala Pilah.
- Merancang program pengindahan dan landskap dalam kawasan Majlis Kuala Pilah dengan penyediaan anggaran kos, pelan dan sebutharga.
- Memproses permohonan kelulusan pelan landskap bagi projek-projek pembangunan.
- Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan landskap di jalan utama serta kawasan rekreasi dan memberikan perkhidmatan bunga hiasan bagi acara-acara rasmi.
- Menyediakan kertas mesyuarat dan mini mesyuarat Jawatankuasa Kecil Lalulintas dan Keselamatan Jalanraya.
- Penyeliaan dalam menentukan penamaan nama taman, nama jalan serta nombor rumah bagi projek-projek pembangunan baru.