1. Pengenalan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) merupakan satu bahagian yang memberikan `supporting services’ kepada jabatan. Tugas-tugas sedia ada merangkumi perkara-perkara berikut:
- Pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Organisasi
- Kualiti, Latihan dan Kompetensi
- Pengurusan Tatatertib dan Prestasi
2. Objektif
Memastikan keperluan tenaga kerja adalah mencukupi dan bersesuaian dengan keperluan fungsi dan peranan MDKP serta bertanggungjawab memastikan tahap disiplin dan tindakan tatatertib dilaksanakan dengan integriti yang tinggi selain menjaga kebajikan dan mengiktiraf jasa warga kerja MDKP.
3. Fungsi Bahagian
- Bertanggungjawab dalam memastikan urusan sumber manusia dan pembangunan organisasi dilaksanakan mengikut peraturan semasa.
- Bertanggungjawab dalam urusan Latihan dan peluang kerjaya.
- Bertanggungjawab dalam memastikan urusan tindakan tatatertib dilaksanakan mengikut peraturan semasa dengan adil dan saksama
- Bertanggungjawab dalam memastikan penggunaan semua modul dalam sistem HRMIS digunakan seratus peratus