MENU

Pengenalan

Matlamat penubuhan Pusat Setempat ini adalah untuk memendekkan norma masa memproses permohonan secara serentak cadangan pemajuan sekaligus menigkatkan sistem penyampaian prosedur dan proses cadangan di Pihak Berkuasa Tempatan.

 

Objektif

  • Menyelaras dan mempercepatkan proses kelulusan permohonan pembangunan tanah di Pejabat Tanah dan Pihak Berkuasa Tempatan yang meliputi permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan pelan-pelan lain.
  • Memendekkan norma masa dan memudah cara proses permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan perakuan permohonan pembangunan tanah bagi projek di bawah konsep Bina Kemudian Jual (BKJ), Projek Impak Tinggi dan Pelaburan Asing serta Projek-projek Kerajaan dalam tempoh empat (4) bulan dan di bawah konsep Jual Kemudian Bina (JKB) dalam tempoh enam (6) bulan.
  • Menyeragamkan prosedur dan proses permohonan-permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan permohonanpembangunan tanah dengan mengambilkira peruntukan-peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 (KTN 56), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974 (Akta 133).

 

Fungsi Bahagian

  • Menyelaras dan memproses permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan permohonan pembangunan tanah di bawah peruntukan seksyen 124A dan 204D KTN.
  • Memaklumkan keputusan kelulusan bagi permohonan kebenaran merancang dan pelan bangunan kepada pemohon.
  • Membuat perakuan permohonan tanah kepada Pejabat Tanah.
  • Menyediakan laporan status permohonan.