Pengenalan
Unit ini memberi nasihat undang-undang kepada unit-unit yang terdapat di dalam Majlis Daerah Kuala Pilah.
Objektif
Menguatkuasakan semua Undang-Undang Kecil, Perintah-Perintah dan Akta yang telah diberikan kepada majlis untuk dikuatkuasakan selaras dengan perancangan dan pembangunan di Majlis Daerah Kuala Pilah dan mendidik orang ramai agar mematuhi segala peraturan-peraturan dan undang-undang Majlis.
Fungsi Bahagian
- Memberi khidmat nasihat dan panduan dari segi perundangan kepada pentadbiran dan pengurusan MDKP.
- Menggubal, meminda, dan mengkaji semua undang-undang yang telah dan akan dikuatkuasakan oleh MDKP.
- Menjalankan pendakwaan bagi kes-kes Majlis dan mengendalikan kes-kes sivil terhadap Majlis di mahkamah.
- Mendraf dan menyemak kontrak-kontrak dan surat-surat perjanjian yang akan ditandatangani oleh MDKP.
- Menjalankan tindakan tuntutan tunggakan cukai harta sama ada melalui proses Mahkamah.
- Menyediakan dan membantu pegawai penyiasat dalam menyediakan kertas siasatan bagi kes-kes yang diperlukan untuk pendakwaan.