Sebagaimana Pihak-pihak Berkuasa Tempatan yang lain di Malaysia, Majlis Daerah Kuala Pilah ditubuhkan bagi memainkan peranan dan menjalankan tanggungjawab seperti berikut :
- Memberikan perkhidmatan kepada semua penduduk yang tinggal di kawasan pentadbiran Majlis, antaranya ialah perkhidmatan mengangkut sampah dan perkhidmatan pembersihan bandar.
- Menyediakan dan menyelenggarakan kemudahan-kemudahan untuk penduduk di kawasan pentadbiran Majlis seperti penyelenggaraan jalan-jalan, longkang serta lampu jalan.
- Menyediakan berbagai-bagai kemudahan sosial dan riadah seperti taman permainan kanak-kanak dan penyelenggaraan taman bunga.
- Mengawal kesihatan awam dengan melesenkan perniagaan, mencegah penyakit berjangkit dan mengawal pembinaan bangunan.
- Menceburkan diri dalam projek-projek pembangunan seperti usahasama membina pusat-pusat perniagaan dan gerai bagi memberi peluang kepada orang ramai melibatkan diri dalam bidang perniagaan.