Permohonan adalah dipelawa kepada WARGANEGARA MALAYSIA dan keutamaan diberi kepada RAKYAT NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS yang berkelayakan dan BERUMUR TIDAK KURANG 18 TAHUN pada tarikh iklan ditutup untuk memenuhi jawatan kosong seperti berikut :
SKIM PERKHIDMATAN : PENOLONG PEGAWAI TADBIR (KORPORAT & PELANCONGAN)
JUMLAH KEKOSONGAN : 1 KEKOSONGAN
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PENTADBIRAN & SOKONGAN
TARAF JAWATAN : KONTRAK/ (CONTRACT FOR SERVICE)
GRED : N29
KADAR BAYARAN PERKHIDMATAN : RM2,153.00
SYARAT LANTIKAN : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- warganegara Malaysia;
- berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Keutamaan adalah Diploma Sebaran Am (Public Relations)/Diploma Komunikasi dan Pengajian Media (Communication and Media).
CARA MEMOHON :
1. Permohonan hendaklah menggunakan BORANG PERMOHONAN JAWATAN DALAM PERKHIDMATAN MDKP yang boleh diperolehi secara PERCUMA di Kaunter Pertanyaan, Majlis Daerah Kuala Pilah pada waktu pejabat mulai dari tarikh jawatan ini diiklankan.
2. Borang juga boleh dimuat turun daripada laman web ini.
3. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sijil yang diakui sah oleh mereka yang berkelayakan seperti Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Pengurusan dan Profesional), Pengawai Kumpulan Sokongan 1, Penghulu, Jaksa Pendamai, Pesuruhjaya Sumpah, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan setaraf dengannya beserta gambar pasport yang dialamatkan kepada :
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH KUALA PILAH
72009 KUALA PILAH
NEGERI SEMBILAN
MOHON RUJUK IKLAN DI BAWAH BAGI SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN INI.
TARIKH TUTUP : 16 FEBRUARI 2023 (KHAMIS)