MENU

Sebut harga adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) di bawah Kod Bidang 221002 PEMBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN, dan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat (SSM) serta masih dibenarkan membuat Sebut harga pada masa ini untuk menjalan perkhidmatan berikut:

TAJUK PERKHIDMATAN SYARAT KELAYAKAN HARGA, TEMPAT DAN TARIKH JUALAN DOKUMEN TARIKH TUTUP SEBUT HARGA
KERJA-KERJA PEMBERSIHAN KAWASAN DAN PENJAGAAN TANDAS AWAM MILIK MDKP SECARA PENSWASTAAN BERPUSAT

Kementerian Kewangan

Kod Bidang

221002

- Pembersihan Bangunan dan Kawasan

Dan

Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Harga Dokumen :

RM50.00

Tempat Jualan:

Kaunter Hasil, MDKP

Tarikh Jualan:

25 September 2024 (Rabu)

hingga

3 Oktober 2024 (Rabu)

4 Oktober 2024 (Khamis)

@

12.00 Tengah hari

2.      Tawaran Sebut harga hendaklah dihantar menggunakan  sampul surat berlakri dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di Tingkat 1, Bahagian Kejuruteraan dan Bangunan serta meletakkan Tajuk  Sebutharga di kiri sampul surat berlakri dan dialamatkan kepada:

                       Bahagian Perlesenan dan Kesihatan Awam

                                  Majlis Daerah Kuala Pilah
                                        72009 Kuala Pilah
                              Negeri Sembilan Darul Khusus

3.     Semua kos yang berkaitan dengan Tawaran Sebut Harga di atas adalah di bawah tanggungjawab  syarikat.

4.     Syarikat yang ingin memasuki Sebut Harga hendaklah berdaftar terlebih dahulu sebagai Pembekal MDKP.

5.     Jika wakil syarikat yang hadir, Syarikat hendaklah membawa surat wakil yang sah berserta Sijil ASAL semua dokumen seperti yang disyarat di atas.

6.     Pihak Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) tidak akan terikat untuk menerima sebut harga yang terendah atau sebarang tawaran Iain dan juga tidak memberi sebarang alasan kepada sebut harga yang tidak berjaya.

7.     TIDAK DIBENARKAN untuk membuat Pakatan harga/kartel seperti yang diarahkan oleh Pejabat Kewangan Negeri bertarikh 30 Julai 2020.

8.     Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi talian 06-4812078/06-481294 dan Fax : 06-4811042

9.      Kerjasama dan penyertaan tuan diucapkan terima kasih.