Tawaran adalah dibuka kepada kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan CIDB dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan Gred G1 di bawah tajuk yang bersesuaian dan berdaftar dengan Majlis Daerah Kuala Pilah Tahun 2024 bagi menyertai sebutharga bagi kerja-kerja di bawah:-
Bil |
Rujukan MDKP |
No. Sebut harga |
Projek |
Gred & Pengkhususan |
Tarikh Tutup /Jam |
Harga Dokumen |
1.
|
MDKP.NS 04.400-7/2024 -083 |
S029/2024 |
BAIK PULIH GELANGGAN FUTSAL DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI TAMAN SELASIH, MD KUALA PILAH |
Kategori : CE
Pengkhususan
CE21
|
30 Oktober 2024 (Rabu) @ 12.00 t/hari |
RM 50.00 |
2. |
MDKP.NS 04.400-7/2024 -084 |
S030/2024 |
BAIK PULIH GELANGGAN FUTSAL DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI TAMAN SRI JUASSEH, MD KUALA PILAH |
|||
3. |
MDKP.NS 04.400-7/2024 -085 |
S031/2024 |
BAIK PULIH GELANGGAN FUTSAL DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI TAMAN CITA JAYA, MD KUALA PILAH |
|||
4. |
MDKP.NS 04.400-7/2024 -086 |
S032/2024 |
BAIK PULIH GELANGGANG PELBAGAI GUNA DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI TAMAN REKREASI JALAN BUKIT, MD KUALA PILAH |
|||
5. |
MDKP.NS 04.400-7/2024 -110 |
S047/2024 |
KERJA-KERJA MENCANTAS POKOK MERBAHAYA DI JALAN-JALAN NEGERI |
Kategori : CE
Pengkhususan
CE14
|
2.0 Lawatan Tapak:
- Hanya kontraktor yang berdaftar dengan Majlis Daerah Kuala Pilah sahaja layak menyertai lawatan tapak
Tarikh : 23 Oktober 2024 (Rabu)
Pendaftaran : 9.00 pagi -10.00pagi
Tempat : Dewan Dato’ Bahaman Shamsudin, MDKP.
Taklimat : 9.00 pagi.
3.0 Syarat:
3.1 Hanya kontraktor yang berdaftar dengan Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) sahaja layak menyertai sebutharga.
3.2 Dokumen Sebutharga akan dikeluarkan kepada PEMILIK syarikat/ kontraktor yang hadir untuk sesi pendaftaran pada tarikh yang telah ditetapkan. HANYA PEMILIK SYARIKAT sahaja yang dibenarkan menghadiri sesi pendaftaran tersebut dan wakil syarikat adalah TIDAK DIBENARKAN
3.3 Hendaklah membawa sijil-sijil asal SSM, CIDB dan PKK semasa lawatan tapak dan dipamerkan ketika pembelian borang di kaunter MDKP.
3.4 Hendaklah membawa cop syarikat bagi memudahkan pengisian borang.
3.5 Permohonan Kebenaran Khas untuk menyertai sebut harga di luar kod bidang adalah tidak dibenarkan
3.6 PEMALSUAN BUTIRAN di dalam Borang Pendaftaran dan Dokumen Berkaitan seperti SPKK (CIDB),PKK (CIDB),STB (BPKU) dan lain-lain dokumen yang berkaitan adalah TIDAK LAYAK /TERBATAL dan laporan kepada CIDB akan dibuat untuk tindakan undang-undang.
3.7 Dokumen Sebutharga yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan. Majlis Daerah Kuala Pilah tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan,kelewatan dan MDKP tidak terikat menerima tawaran terendah atau sebarang tawaran atau memberi apa-apa sebab sesuatu tawaran.
4.0. Dokumen Sebutharga
4.1 Harga dokumen sebutharga bagi Gred G1 dijual dengan kadar: RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja).
4.2 Dokumen sebutharga boleh dibeli di Kaunter Hasil, MDKP mulai 24 Oktober 2024 (Khamis) sehingga 29 Oktober 2024 (Selasa) pada pukul 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari dan 2.00 petang hingga 4.00 petang.
5.0. Tarikh Tutup:
30 Oktober 2024 (Rabu) jam 12.00 tengah hari. Sebutharga hendaklah disertai dengan salinan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Taraf Bumiputera (STB) dan SSM yang masih sah, serta dimasukkan ke dalam peti tender Majlis Daerah Kuala Pilah.
6.0 Majlis tidak terikat untuk menerima sebutharga yang paling rendah atau mana-mana sebutharga yang berpatutan.
7.0 TIDAK DIBENARKAN untuk membuat Pakatan harga/kartel seperti yang diarahkan oleh Pejabat Kewangan Negeri bertarikh 30 Julai 2020.
8.0 Kerjasama dan penyertaan tuan diucapkan terima kasih.