Tawaran adalah dibuka kepada kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan CIDB dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan Gred G1 dan G2 di bawah tajuk yang bersesuaian dan berdaftar dengan Majlis Daerah Kuala Pilah Tahun 2023 bagi menyertai sebutharga bagi kerja-kerja di bawah:-
Bil |
Rujukan MDKP |
No. Sebut harga |
Projek |
Gred & |
Tarikh |
Harga Dokumen |
1. |
MDKP.NS |
S038/2023 |
PEMASANGAN LAMPU |
Gred: G1,G2 |
16 |
RM50.00 |
2.0 Lawatan Tapak:
- Hanya kontraktor yang berdaftar dengan Majlis Daerah Kuala Pilah sahaja layak menyertai lawatan tapak.
Tarikh : 8 November 2023 (Rabu)
Pendaftaran : 9.00 pagi - 10.00 pagi
Tempat : Dewan Bandaran MDKP
Taklimat : 9.00 pagi
3.0 Syarat:
3.1 Hanya kontraktor yang berdaftar dengan Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) sahaja layak menyertai sebutharga. Semakan pendaftaran perlu dilaksanakan sebelum pembelian Borang Sebutharga.
3.2 Dokumen Sebutharga akan dikeluarkan kepada PEMILIK syarikat/ kontraktor yang hadir untuk sesi pendaftaran pada tarikh yang telah ditetapkan. HANYA PEMILIK SYARIKAT sahaja yang dibenarkan menghadiri sesi pendaftarantersebut dan wakil syarikat adalah TIDAK DIBENARKAN
3.3 Hendaklah membawa sijil-sijil asal SSM, CIDB dan PKK semasa lawatan tapak dan dipamerkan ketika pembelian borang di kaunter MDKP.
3.4 Hendaklah membawa cop syarikat bagi memudahkan pengisian borang.
3.5 Permohonan Kebenaran Khas untuk menyertai sebut harga di luar kod bidang adalah tidak dibenarkan
3.6 PEMALSUAN BUTIRAN di dalam Borang Pendaftaran dan Dokumen Berkaitan seperti SPKK (CIDB), PKK (CIDB), STB (BPKU) dan lain-lain dokumen yang berkaitan adalah TIDAK LAYAK/TERBATAL dan laporan kepada CIDB akan dibuat untuk tindakan undang-undang.
3.7 Dokumen Sebutharga yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan. Majlis Daerah Kuala Pilah tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kelewatan dan MDKP tidak terikat menerima tawaran terendah atau sebarang tawaran atau memberi apa-apa sebab sesuatu tawaran.
4.0. Dokumen Sebutharga
4.1 Harga dokumen sebutharga bagi Gred G1 dan G2 dijual dengan kadar: RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja).
4.2 Dokumen sebutharga boleh dibeli di Kaunter Hasil, MDKP mulai 9 November 2023 (Khamis) sehingga 15hb November 2023 (Rabu) pada pukul 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari dan 2.00 petang hingga 4.00 petang.
5.0. Tarikh Tutup:
16 November 2023 (Khamis) jam 12.00 tengah hari. Sebutharga hendaklah disertai dengan salinan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Taraf Bumiputera (STB) dan SSM yang masih sah, serta dimasukkan ke dalam peti tender Majlis Daerah Kuala Pilah.
6.0 Majlis tidak terikat untuk menerima sebut harga yang terendah atau mana-mana sebutharga yang berpatutan.