MENU

PERMOHONAN KELULUSAN PELAN BANGUNAN -(PERMIT BANGUNAN BINAAN SEMENTARA)

MAKLUMAT AM PERMOHONAN PERMIT BINAAN SEMENTARA

Orang yang diberi Permit Binaan Sementara bertanggungjawab bagi :

image Memastikan binaan yang dibina adalah mengikut pelan yang diluluskan.
image Mengambil mana-mana langkah yang perlu untuk menyelenggara paip di tepi jalan dan bahu jalan supaya bersih daripada halangan.
image Memastikan bahawa tempat-tempat pili bomba dan apa-apa pemasangan perkhidmatan kemudahan lain yang sedia ada tidak dihalang langsung.
image Mengambil langkah berhati-hati yang wajar supaya tidak merosakkan sesalur bekal yang sedia ada dengan menempatkan beban yang sesuai.
image Memindahkan binaan, semua bahan dan puing apabila kerja-kerja telah siap / sebelum tempoh permit tamat.
image Membaiki semula apa-apa kerosakan pada lebuh, parit, lorong jalan kaki dan jalan kaki lima serta meninggalkan tapak dan parit itu dalam keadaan yang bersih dan kemas.
image Memastikan tiada pengorekan lubang dan kerosakan pada permukaan jalan / tanah lapang.
image Memastikan papan tanda pemberitahuan orang awam diletakkan.
image Mendapatkan kebenaran dari Bahagian Letak Kereta Majlis diperolehi terlebih dahulu jika petak letak kereta digunakan.
image Memastikan kenderaan-kenderaan yang keluar masuk dari kawasan / tapak binaan tidak mengotori jalan raya pada setiap masa.
image Memastikan tidak membancuh simen / konkrit di atas jalan raya.
image Memastikan pokok-pokok bunga / tumbuhan, bangku, alat-alat permainan milik Majlis tidak dirosakan.
image Kelulusan ini tidak akan mengecualikan pemohon dari pihak-pihak lain yang terbabit dan Pihak Majlis tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tuntutan dan dakwaan yang dibuat.
image Pihak Majlis berhak menurunkan dan mengalihkan struktur / bahan binaan jika syarat-syarat yang ditetapkan tidak dipatuhi sepenuhnya dan kosnya akan dituntut.
image Wang cagaran boleh dipotong jika syarat-syarat yang ditetapkan tidak dipatuhi.
image Pihak Majlis adalah dibebaskan daripada sebarang dakwaan dan tuntutan gantirugi yang disebabkan daripada kebenaran ini jika berlaku apa-apa insiden.

Sila sertakan perkara-perkara berikut :

image Salinan hakmilik tanah / suratan perjanjian.
image Salinan resit bayaran cukai tanah / taksir terkini.
image Bil bayaran proses pelan.
image Bukti bayaran proses pelan.
image Pelan Bangunan / Lakaran yang dibenarkan oleh Pihak Majlis sebanyak 3 set kertas. (1 set diwarnakan)
image Pelan Bangunan ditandatangani Pemilik dan Arkitek.
image Pelan Bangunan dilipat mengikut saiz A4.

 Langkah-langkah Yang Perlu Diambil Muat Turun Borang
 

<< Kembali