MENU

                                            MINI STADIUM MAJLIS DAERAH KUALA PILAH

                                                                SYARAT-SYARAT

1.  Tempahan padang hanya boleh dibuat selewat-lewatnya 3 hari sebelum program.

2.  Bagi penyewa individu, bayaran penuh sewaan harus dibuat dalam  semasa tempahan.

3.  Bagi pengguna JABATAN ATAU AGENSI, surat permohonan hendaklah dihantar ke pejabat Majlis Daerah Kuala  Pilah untuk kelulusan.

4.   Pengguna BERTANGGUNGJAWAB terhadap peralatan disekitar Mini Stadium dan jika terdapat kerosakan atau kehilangan maka bayaran / surcaj akan dikenakan mengikut nilai terlibat.

5.  Pihak Majlis Daerah Kuala Pilah BERHAK MEMBATALKAN / MENUNDA segala tempahan jika terdapat sebarang program / majlis yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Kuala Pilah atau dari Agensi Kerajaan dan segala pembayaran akan dikembalikan.

6.  Jika terdapat sebarang pindaan / pembatal penggunaan, penyewa hendaklah memaklumkan kepada pihak Majlis selewat-lewatnya 1 HARI sebelum tarikh tempahan.

7.  Sebarang kecederaan / kehilangan / kerosakan peralatan penyewa / pelanggaran SOP dibawah tanggungjawab sendiri. Majlis Daerah Kuala Pilah TIDAK akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

8.  Penyewa bertanggungjawab menjaga kebersihan selepas menggunakan  Mini Stadium serta harus memastikan setiap peralatan dapat dikeluarkan dari  dewan  selewat-lewatnya  1 HARI  selepas majlis  dan mengikut keadaan dari semasa ke semasa.

9.   Sebarang PENYAMBUNGAN/ PENDAWAI ELEKTRIK hendaklah dimaklumkan dan mendapat kebenaran daripada Majlis bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

10.  Tidak dibenarkan mengubah sebarang peralatan tanpa kebenaran pihak Majlis Daerah Kuala Pilah.

11.  Tidak dibenarkan memaku dinding  dan lantai astaka Mini Stadium.

12.  Tidak dibenarkarkan mengantung sebarang kain rentang sebelum mendapat kelulusan MDKP

13.  Mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan  Negara (MKN),  Pihak  Berkuasa dan Majlis Daerah Kuala Pilah.

 

 

SILA TEKAN PAUTAN BAGI BORANG PERMOHONAN

A. BORANG PERMOHONAN SEWAAN MINI STADIUM

B. BORANG PERSETUJUAN SYARAT DAN SOP DI MINI STADIUM