MENU

Dengan ini MAJLIS DAERAH KUALA PILAH menjemput untuk mengisi kekosongan jawatan:

1. Pemandu Kenderaan - 3 Kekosongan

Permohonan adalah dipelawa kepada WARGANEGARA MALAYSIA dan keutamaan diberi kepada RAKYAT NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS yang berkelayakan dan BERUMUR TIDAK KURANG 18 TAHUN pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memenuhi jawatan kosong.

Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Dalam Perkhidmatan MDKP yang diperolehi secara PERCUMA di Kaunter Pertanyaan, Majlis Daerah Kuala Pilah pada waktu pejabat  atau secara proses muat turun di laman ini mulai dari tarikh jawatan diiklankan  iaitu 11 JUN 2024.

Tarikh tutup permohonan ialah pada: 24 JUN 2024 (ISNIN)

Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil yang diakui sah oleh mereka yang berkelayakan seperti Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Pengurusan dan Profesional), Pegawai Kumpulan Sokongan 1, Penghulu, Jaksa Pendamai, Pesuruhjaya Sumpah, Pengerusi Komuniti Kampung (MPKK) dan setaraf dengannya beserta gambar berukuran passport yang dialamatkan kepada:

                      YANG DIPERTUA

                      MAJLIS DAERAH KUALA PILAH

                      72009 KUALA PILAH

                     NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Sila KLIK pada nama jawatan untuk maklumat lanjut mengenai iklan jawatan kosong.

Borang Jawatan Kosong

Iklan Jawatan Kosong MDKP