1. PENGENALAN
- Bahagian Korporat dan Pelancongan bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan perhubungan awam, pengurusan majlis rasmi, pengurusan aduan dan kemudahan awam termasuk aduan awam dan pelancongan.
2. OBJEKTIF
- Bahagian ini menjaga persefahaman dan memelihara hubungan awam secara efektif dengan cara melibatkan pihak luar dan dalaman Majlis Daerah Kuala Pilah. Bahagian ini juga menjadi jambatan penghubung yang menyampaikan maklumat berkaitan Majlis Daerah Kuala Pilah kepada orang awam dan agensi luar.
3. FUNGSI BAHAGIAN
- Menguruskan aduan awam yang diterima oleh Majlis Daerah Kuala Pilah mengikut tatacara pengurusan aduan yang ditetapkan.
- Bertanggungjawab sebagai urus setia bagi jawatankuasa permasalahan rakyat di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kuala Pilah.
- Melaksanakan dan menguruskan kerja-kerja berkaitan perhubungan awam dan majlis-majlis rasmi.
- Menguruskan bahan-bahan berkaitan majlis rasmi jabatanatau sebarang program yang berkaitan majlis untuk disiarkan dalam akhbar, laman web, facebook dan e-mail Majlis Daerah Kuala Pilah.
- Mengaturkan aktiviti bersama dengan pihak media.
- Menguruskan sewaan dewan dan mini stadium Majlis Daerah Kuala Pilah.
- Menjalankan kempen pelancongan ke arah mempromosikan Daerah Kuala Pilah.